SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

follower

inginkan yg BEST ?

Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

minyak wangi...WAJIB BACA



kisah nie sebenarnya saya copy paste je & niat utk mnyebarknnya...
sy juga insan yg lemah xreti menegur mggunakan prtutura mahupun prbuatan...
so, nie je la saluran yg sy boleh buat... sy harap anda juga dpt sebarkannya... INSYAALLAH...


Assalamualaikum

Saya ingin memperkukuhkan maklumat yang sahih tentang persoalan perfume
yang saya sendiri selidiki secara kebetulan. Semasa saya mengikuti
pengajian di Kalamazoo, U.S. saya terbaca dalam satu encyclopedia yang
mengandungi maklumat tentang perfume dan proses pembuatannya.

Read more...

Tuesday, 14 June 2011

WAJAH HITAM KACANG SOYA??



SILA BACA ARTIKEL INI DENGAN SIKAP TERBUKA. APA YANG DICATATKAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI KOMPLIKASI TERHADAP RAMAI ORANG DI AMERIKA DAN ARTIKEL INI BUKAN SATU GENERALISASI UNTUK SEMUA ORANG. ARTIKEL INI MENYARANKAN KAJIAN LANJUT DIBUAT OLEH PARA PENGKAJI BIOTEK TEMPATAN UNTUK MELIHAT SEJAUH MANA KEBENARAN HIPOTESIS KACANG SOYA BOLEH MENJEJASKAN KESIHATAN?


Read more...

Monday, 13 June 2011

Mengapa Solat Awal Waktu?



Apabila azan dilaungkan maka frekuensi azan akan dirambatkan keserata tempat. Frekuensi azan ini akan menjadikan frekuensi sekitar ke tahap theta yang paling rendah (deep theta).


Read more...

Friday, 10 June 2011

hukum2 BERINAI bg perempuan


Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

Read more...

Saturday, 4 June 2011

Pengertian Bulan-Bulan Masehi


  1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.

Read more...

Wednesday, 30 March 2011

anda MESTI tahu

 
Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak

Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

Read more...

Tuesday, 29 March 2011

FAKTA lawak

  1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
  2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
  3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.
  4.  Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
  5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
  6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
  7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
  8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
  9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
  10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
  11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
  12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
  13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
  14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Read more...

Friday, 25 March 2011

FADHILAT BERISTIGHFAR

Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).' Sebelum  nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri  melakukannya lebih dari 100 kali sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai  sasaran ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.
Sabda Rasulullah SAW : 'Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan di keluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita.'
Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk:-
  • kesihatan 
  • umur
  •  kasih sayang 
  • anak-anak. 
Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:-
  1. Tuturkata/ percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga,  Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah.Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijah lah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".
  2. Memberi salam 
  3. Memaniskan wajah. Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair Arab yang berbunyi; Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah. 
 

Read more...

Thursday, 24 March 2011

HIKMAH DISEBALIK SOLAT





Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran". Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-quran. Diantara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (blackseed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam urat manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walaupun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.Jesteru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walaupun akal mereka mengetahui bahawa perbuatan yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.
  atas.Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Read more...

HIKMAH DISEBALIK WUDHUK

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam
menghayati Islam? Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu. Wasallam.

Read more...

Wednesday, 23 March 2011

12 GOLONGAN DI HARI AKHIRAT

Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- "Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok." Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab: "Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 
1.     Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 
2.     Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu. 
3.     Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 
4.     Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta. 
5.     Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual  beli  atas penipuan. 
6.     Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau  perbuatan jahat.
7.     Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak   mahu menyaksikan kebenaran.
8.     Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta  mati      sebelum bertaubat. 
9.     Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak  yatim secara  zalim. 
10.       Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani  melawan kedua ibu  bapanya. 
11.       Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan  pehanya keluar  kotoran. Ini  adalah balasan mereka minum minuman keras. 
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah: 
 Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang  yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
 


Read more...

BAHAYA MINUMAN BERGAS

Dengarlah nie...
Ada gak orang cuci barang kemas dengan air Coke & memang menjadi. Kalau tak caya try ler.
Dahsyat nyer !! Dari seorang pakar mengatakan dari ukuran pH meter digital [ range 0.0 sampai 14.0 ]
FANTA merah botol kecil dan COCA COLA botol setengah liter..Hasilnya
  • FANTA merah pH = 3.4
  • COCA COLA pH = 2.3 (mendekati H2SO4)
  • AIR BATERI pH = 6.9..
Kalau nak cuba, masukkan daging mentah ke dalam coca-cola. Biar Semalamam/seharian, Lihatlah hasilnya!!! Daging akan hancur. Bagaimana dengan tubuh kita? Semua orang harus tahu!!!
Hi Everybody,You might have seen the following, but just in case you haven't, please read it. I knew one young mother died due to failure of both kidneys. She was hospitalized in Pertamina hospital for one month and was only allowed 1(one) glass of water for one whole day. The doctor gave her medication. but it seems too late. According to her, she consumed those soft-drinks everyday at lunch. Although it's only one glass per day, it's enough to ruin that vital organ. She finally died in October last year and left one-year oldson.
Pitty!
READ ON!!!
Dangerous soft drinks!!!!
This article is not about Politics but just CocaCola.
Very interesting. For those of u who love Coke/Pepsi... Just when you thought you knew everything....

To clean a toilet:
Pour a can of Coca-Cola into the toilet bowl. Let the "realthing" (cola) sit for one hour, then flush clean. The citric acid in Coke removes stains from vitreous china.
To remove rust spots from chrome car bumpers: Rub the bumper with a rumpled-up piece of Reynolds Wrap aluminium foil dipped in Coca-Cola.
To clean corrosion from car battery terminals; Pour a can of Coca-Cola over the terminals to bubble away the corrosion.
To loosen a rusted bolt; Applying a cloth soaked in Coca-Cola to the rusted bolt for several minutes.
To bake a moist ham; Empty a can of Coca-Cola into the baking pan; wrap the ham in aluminium foil, and bake. Thirty minutes before the ham is finished, remove the foil, allowing the rippings to mix with the Coke for a sumptuous brown gravy. To remove grease from clothes; Empty a can of Coke into a load of greasy clothes, add detergent, and run through a regular cycle. The Coca-Cola will help loosen grease stains. It will also clean road haze from your windshield.
AND WE DRINK THIS STUFF! Coke & Pepsi
For your info : The average pH of soft drinks, e.g. Coke, Pepsi is pH 3.4. This acidity is strong enough to dissolve teeth and bones! Our human body stops building bones at around the age of 30. After that it'll be dissolving. About 8-18% of the bones each year through the urine depending on the acidity of the food intake (acidity does not depend on the taste of the food, but on the ratio of potassium / calcium / magnesium / etc. to phosphorus). All the dissolved calcium compounds accumulate in the arteries, veins, skin tissue, organs. This affects the functioning of the kidney (kidney stones). Soft drinks do not have any nutritional value (in terms of vitamins and minerals). They have higher sugar content, higher acidity, and more additives such as preservatives and colourings. Some people like to take cold soft drinks after each meal, guess what's the impact? Our body has an optimum temperature of 37 degrees for the functioning of digestive enzymes. The temperature of cold soft drinks is much less than 37, sometimes quite close to 0. This will lower the effectiveness of the enzymes and put stress on the digestive system, digesting less food. In fact the food gets fermented. The fermented food produces bad smellin gases, decays and forms toxins which are absorbed in the intestines, get circulated in the blood and is delivered to the whole body. This spread of toxins can lead to the development of various diseases. Think before you drink Coke or Pepsi or any another soft drink. Have you ever thought what you drink when you drink an aerated drink? You gulp down carbon dioxide, something that nobody in the world would advise you to do. Two months ago, there was a competition in Delhi University "Who can drink the most Coke?". The winner drank 8 bottles and died on the spot because too much carbon dioxide in the blood and not enough oxygen. From then on, the principal banned all soft drinks from the university canteen. Someone put a broken tooth in a bottle of Pepsi and in 10 days it is dissolved! Teeth and bones are the only human organ that stay intact for years after death. Imagine what the drink must be doing to your soft intestines and stomach lining!
Request to All :
Forward this message to your friends to increase the awareness of these
soft drinks being produced by the so called GREAT USA.
Have a wonderful life


Read more...

SEPULUH WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA



1.     Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.     Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.     Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.     Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.     Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.     Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.     Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.     Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.     Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.                        Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH

Read more...

INGIN TAHU TENTANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

POLIMAS Bloggerz