SCM Music Player - seamless music for your Website, Wordpress, Tumblr, Blogger.

follower

inginkan yg BEST ?

Saturday 4 June 2011

Pengertian Bulan-Bulan Masehi


  1. Januari - berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
  2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
  3. Mac - berasal dari perkataan ‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  4. 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
  5. Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
  6. Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
  7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh
  8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  9. September - berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  10. Oktober - berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
  11. November - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
  12. Disember - berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari-Hari Masehi

  1. Sunday - berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
  2. Monday - berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
  3. Tuesday - berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
  4. Wednesday - berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
  5. Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.\Friday - berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
  6. Saturday - berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

No comments:

Post a Comment

INGIN TAHU TENTANG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
get this widget here

POLIMAS Bloggerz